Thursday, 16 November 2017

The Beginning

   Assalamualikum, aku, Faten Munirah binti Ahmad Ramli daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, pelajar sesi pengambilan Februari 2015. Bermulanya entry aku dalam ini untuk menceritakan pengalaman aku sebagai pemain softball di UPSI. Niat aku adalah untuk mengembangkan pasukan Softball UPSI di Malaysia dan juga di luar negara. Mungkin nanti aku akan buka blog untuk entry English pula, insyaAllah jika diperkenan-Nya.

     Bermulanya aku hanya seorang pelajar yang hanya mahu belajar bermain Softball. Hanya satu perkataan, MINAT. Sejujurnya aku mencuba untuk pengambilan UPSI, hanya kerana berminat untuk join pasukan Softball UPSI. Sebelum aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib di UPSI, aku buat satu search tentang UPSI. Adakah tempatnya menarik? Adakah wujud pasukan Softball di UPSI? Apabila aku puas hati dengan 'research' aku, baru la aku tetapkan hati untuk mencuba nasib di UPSI. Ini adalah salah satu sebab aku menulis blog, untuk menceritakan pengalaman dan ingin mempersembahkan kepada orang luar akan kewujudan pasukan Softball di UPSI . Dekat bawah, aku nak tunjuk pemandangan yang membuat aku jatuh hati pada UPSI.

Banjaran Titiwangsa, pemandangan dari padang Softball UPSI


Banjaran Titiwangsa, pemandangan dari Kolej Aminuddin Baki


"Tengok! Macam mana aku tak sayang kat UPSI hehe<3 Okay, kita sambung cerita~"

     Setelah dipermudahkan oleh-Nya, aku didaftarkan di sini dengan jayanya. Cukup sebulan aku disini, terus cari pasukan softball UPSI. Niat untuk terus join pasukan tanpa berfikir kali kedua. Kehadiran aku di alu-alu kan oleh senior-senior Softball. Merekalah mengajar dan bersabar dengan jayanya kerana saya agak susah faham dan pergerakkan agak keras orangnya hahahaha! Dari pandangan aku, jika seseorang itu ada semangat nak main, minat dan boleh meluangkan masa untuk training, senior-senior kita juga akan berbesar hati untuk mengajarnya. Yang penting, minat dan ada semangat nak main. Softball bukanlah sukan harian atau sukan ruji kepada rakyat Malaysia dan bukan sukan yang hanya perlu sebulan untuk faham semua peraturan dan teknik-teknik. Softball adalah sukan yang memerlukan pengalaman dan latihan yang banyak untuk memahami dan mendalami. Banyak pulak aku cakap ehh...I just wanna say, what you should know, if wanna be a softball player...

Nahh! Tengok aku masa mula-mula nak menjinak dengan softball ni hahahaha~!


Aku rasa nak hempuk-hempuk je muka aku masa ni...malu sey!


     Selepas 2 bulan lebih training, pasukan kami ke Perlawanan Terbuka Wanita di Juasseh, Negeri Sembilan. Ni adalah game pertama aku selepas join pasukan Sofball UPSI. Dari perlawanan ni la aku banyak belajar tentang peraturan dan signal yang ada dalam sukan Softball ni. Pasukan lawan kami pada masa itu adalah tuan rumah, Klang dan UM. Aku pun ingat-ingat lupa dah pasukan mana yang kami lawan pada masa tu. Walaupun kalah, tetapi bonding teammate sudah wujud dan sangat kuat. Dan yang pasti, di sini la permulaannya aku sebagai Pemain Softball UPSI.

UPC UPC UPSI UPSI!


Diperkarangan rumah sewa dekat Juasseh

No comments:

Post a Comment

My Last Liga IPT

     Post kali ini sedikit sedih kot hahaha! Sebab ini adalah kejohanan Liga IPT aku yang terakhir. Had umur untuk bermain Liga IPT ialah 2...